Halaman

Translate

Khamis, 23 Januari 2014

PBS Sejarah STPM 2013 penggal 2 [contoh untuk dijadikan panduan]

Tajuk Kajian : SEJARAH TAPAK ARKEOLOGI BUKIT TENGKORAK DI SEMPORNA,SABAH


PENGENALAN

Pengkajian tapak arkeologi Bukit Tengkorak pada 3 000 tahun yang lalu di Semporna, Sabah ini terletak di persisiran pantai Semporna. Lokasi tapak ini kira-kira 500 kaki dari paras laut, di timur Sabah. Dalam pada itu, bukit ini juga merupakan sebahagian daripada bibir gunung berapi suatu ketika dahulu yang berdiameter 2 kilometer persegi. Justeru itu, bukit ini juga telah dikenal pasti sebagai salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Definisi Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Selain itu, jarak Bukit Tengkorak ini dari pekan Semporna ialah sekitar 4 kilometer. Sejarah awal Semporna dikenali sabagai “Tong Talun” yang merupakan nama asal bagi daerah Semporna bermaksud “Hujung Hutan” iaitu daripada istilah Suku Kaum Bajau. Di Semporna terdapat pelbagai budaya, bahasa dan bangsa. Misalnya bangsa Bajau, Suluk, Melayu, dan sebagainya. Di samping itu, negeri Sabah pula terletak di utara pulau Borneo, Asia Tenggara. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang strategik di bawah laluan angin monsun. Dalam bahagian pengenalan ini, terdapat beberapa objektif kajian yang dilakukan. Sebagai contoh yang utama, banyak bahan tinggalan yang bersejarah seperti pembuatan tembikar dan pelbagai artifak yang bersejarah pada 3 000 tahun yang lalu. Selain itu, kajian asal-usul bukit ini juga dilakukan sekaligus mengkaji kewujudan manusia dan rangkaian perdagangan yang mereka jalankan 3 000 tahun yang lalu.



SEJARAH AWAL DAERAH SEMPORNA
Sesetengah orang tidak banyak mengetahui asal usul dan sejarah awal Semporna. Oleh hal yang demikian, nama asal bagi daerah Semporna ialah ‘Tong Talun’ dalam istilah suku kaum Bajau. Maksud ‘Tong Talun’ dalam suku kaum Bajau ini ialah ‘Hujung Hutan’. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong talun ialah Panglima Uddang, Penglima Sallehangi dan Panglima Sakti yang berketurunan Bajau Kubang.

Dalam pada itu, daerah ini dinamakan sebagai Tong Talun kerana pada ketika awal penemuan tempat ini, Semporna diliputi oleh hutan belantara yang sangat tebal. Dalam soal penemuan tempat ini, nama Tong Talun kemudiannya ditukar dengan nama Semporna yang member maksud “tempat yang aman atau damai” dan nama ini digunakan sehinggalah sekarang.

Selain itu, dalam buku Regatta Lepa iaitu “Sejarah daerah Semporna”, pada 23 hingga 25 April 2010 menyatakan bahawa daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113 412 hektar (282 880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan kawasan pulau yang dikenali sebagai Gugusan Pulau Bum-Bum. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia. Oleh itu, keindahan alam semulajadi dasar laut yang sebahagian dari pulau-pulau dikeliling oleh terumbu karang telah menjadikan destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini. Manakala dalam buku Helen Lee Heiss (1984) juga ada menjelaskan bahawa “A government trading station was set up at a site the mainland known to the Bajaus as Tang Talon (meaning the end of the jungle) and re-named Semporna (meaning a place of rest) in Malay”. Disamping itu, Semporna juga dikenali sebagai “tempat pertemuan dan perbincangan empat orang panglima iaitu Panglima Kabogan, Panglima Bum-Bum, Panglima Simunul dan Panglima Abdullah”

Daerah Semporna berada dibawah jajahan takluk Kesultanan Sulu, sebuah kuasa politik yang dominan pada suatu masa dahulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada tahun 1876 kawasan yang dikenali dengan Borneo Utara ini telah diperintah oleh Syarikat ‘British North Borneo Chartered Company’ yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan British. Oleh itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah secara “untuk selamanya dan berkekalan” kepada kerajaan ini sebagai wilayah kuasa urus-tadbir mereka. Dalam pada itu, kuasa lain yang pernah cuba memonopolikan daerah Semporna termasuklah Belanda, namun mereka gagal berbuat demikian kerana kehadiran syarikat British di Semporna. Pada tahun 1963, Sabah telah bersatu dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia.

Pulau Umaral atau lebih dikenali sebagai Omadal, sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Hal ini kerana, Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang bajau Pulau Omadal merupakan pelaut atau nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Oleh itu, bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran atau tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam.



Selain itu, daerah Semporna juga adalah kawasan kediaman suku kaum nomad atau lebih dikenali sebagai orang asli laut yang dikenali juga dengan nama ‘Palauh’. Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum ‘Palauh’ hanya akan singgah ke tanah besar Semporna jika memerlukan barangan harian atau sebab kematian. Kini sesetengah mereka telah berubah kepada kehidupan yang moden.


TAPAK ARKEOLOGI BUKIT TENGKORAK DI SEMPORNA, SABAH

Sejarah tapak arkeologi ini iaitu Bukit Tengkorak di Semporna, Sabah mempunyai sejarah yang penting dan bermakna kepada masyarakat kerana bukit ini wujud pada 3000 tahun dahulu yang lalu. Hal ini dapat dibuktikan melalui pelbagai artifak dan penemuan utamanya adalah pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara. Berbalik kepada tapak arkeologi, lokasi kedudukan bukit ini terletak di Semporna, Sabah iaitu di persisiran pantai Semporna, kira-kira 500 kaki dari aras laut di timur Sabah. Sabah adalah salah satu negeri di Malaysia dan juga dikenali sebagai “Negeri Di Bawah Bayu” kerana kedudukannya yang strategik dengan laluan angin monsun.

Dalam pada itu, kajian arkeologi yang teliti dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak ini oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah dan Jabatan Warisan Negara semenjak tahun 1994 lagi. Kajian geologi di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitarnya dapat dibuktikan lagi tapak ini salah satu daripada bibir gunung berapi kerana mendapati bahawa Bukit Tengkorak adalah sebahagian dari bibir kawah gunung berapi yang berdiameter 2 kilometer. Dalam pada itu, formasi batuan di Bukit Tengkorak terdiri daripada breksia volkanik jenis andesit, dan batuan tersebut dipercayai merupakan sisa letupan gunung berapi yang berlaku semasa Zaman Pliosen iaitu 5.3 hingga 1.8 juta tahun dahulu.

Disamping itu, kajian tentang tapak ini salah satu daripada bibir gunung berapi, para penyelidik juga telah mengkaji barangan tinggalan yang bersejarah di Bukit Tengkorak ini. Antara barangan tinggalan yang bersejarah ialah pembuatan tembikar dan barangan tinggalan yang unik seperti pembuatan alat batu kecil daripada batuan akik, tulang dan cengkerang. Dalam pada itu, terdapat juga tembikar yang bercorak ditemui dan tanah liat berusia 3000 tahun yang lalu di tapak ini. Bukit ini juga dianggarkan mengandungi lebih dari 6 juta serpihan tembikar yang bersejarah dan dikenal pasti sebagai pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara.

Selain daripada bukit ini dikenal pasti sebahagian daripada bibir gunung berapi sekaligus dibuktikan dengan tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara 3000 tahun lalu, bukit ini mempunyai kewujudan manusia dan rangkaian perdangangan di tapak akeologi ini. Hal ini kerana, wujudnya pergerakan manusia dan rangkaian perdagangan antarabangsa secara jauh melalui lautan di antara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik (lebih 3 500 km) dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, 2000 – 3000 tahun sebelum Captain James Cook menjelajahi kepulauan Asia Tenggara dan lautan Pasifik pada tahun 1768 – 1779. Oleh itu, mereka sudah menjalankan hubungan perdagangan dengan penduduk di Nusantara dan kepulauan Pasifik pada dahulunya di lokasi kajian ini.

Kesimpulannya, tapak arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna, Sabah ini banyak keunikan dan khazanah untuk semua masyarakat di Malaysia mahupun penduduk luar Negara untuk melihat keindahan tapak ini dengan lebih jelas. Oleh itu, tapak ini wajarlah diberikan pembangunan atau penambahbaikan agar sentiasa dikunjungi.


ASAL-USUL BUKIT TENGKORAK

Asal-usul bukit Tengkorak ini ialah salah satu bukit yang bersejarah pada 3000 tahun yang lalu dan merupakan merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar bersejarah yang terbesar di Asia Tenggara. Oleh itu, obejektif kajian ialah untuk mengetahui asal-usul bukit ini pada zaman duhulu iaitu 3000 tahun lalu. Selain itu juga, Bukit Tengkorak merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian daripada bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer. Lokasi kedudukan bukit ini terletak kira-kira 500 kaki d atas paras laut di pesisiran pantai Semporna, Timur Sabah (Utara 4 27’ 20.08” dan 118 37’ 04.3” Timur).

Berbalik kepada asal-usul tapak arkeologi ini, menurut temu bual bersama Bahagian Jabatan Penerangan Muzium Sabah iaitu Encik Fazil Bin Malail, mengatakan bukit ini telah dibuktikan sebahagian daripada bibir gunung berapi kerana terdapat kesan kawah di belakang bukit ini. Hal ini dapat dilihat ketika hendak menaiki bukit ini, terdapat papan tanda iaitu di perhentian ke-3 yang menyatakan “Orang Tua Sedang Tidur” yang bermaksud gunung berapi yang tidak aktif lagi. Oleh itu, melalui daripada pemerhatian yang dijalankan ialah melihat dengan lebih jelas kedudukan dan struktur bukit ini sekaligus mengetahui bukit ini salah satu daripada tapak arkeologi yang berada di Malaysia. Objektif yang pertama pengkaji dapat buktikan ialah bukit Tengkorak ini terletak kira kira 500 kaki di atas paras laut di persisiran Semporna, Sabah. Selain daripada kedudukan bukit ini, pengkaji juga dapat perhatikan pemandangan laut dan kedudukan daerah Semporna dari atas bukit ini.

Disamping itu, tapak ini mempunyai khazanah dan keunikannya selain daripada barangan tinggalan yang bersejarah seperti yang dikatakan oleh akhbar SABAH NEW TIMES. Oleh itu, kajian arkeologi yang sistematik dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak 1994. Oleh kerana tapak ini mempunyai keunikan dan khazanah yang berharga disebabkan telah berusia 3 000 tahun yang lalu, JABATAN WARISAN NEGARA iaitu “Kementerian Komunikasi Dan Kebudayaan,” akan melaksanakan Pembangunan Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak Semporna, Sabah. Dalam rancangan pembangunan yang dilakukan ini, pihak jabatan merancang untuk membina kemudahan infrastruktur seperti galeri pameran, menaik taraf pelantar, laluan pejalan kaki, wakaf, pintu gerbang, papan penerangan, pelindung petak ekskavasi dan lain-lain kerja berkaitan. Oleh hal demikian, tapak ini dipertingkatkan lagi kemudahan untuk lawatan dalam pengkajian terhadap Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak sekaligus dapat menikmati keunikan tapak ini. Salah satu kemudahan infrastruktur dan pembangunan yang ada ialah kemudahan tangga untuk menaiki bukit bersejarah ini yang dibina pada tahun 2008 dan kunjungan muzium yang dibina pada tahun 2010.

Selain itu, Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak di sini perlu ditambah nilai bagi menjadikannya produk pelancongan yang menarik, kata Menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dalam Dalam artikel Berita Wilayah BERNAMA (Berita Sabah) iaitu pada 18 Oktober 2011 jam 18.08 p.m memberikan informasi tentang “Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak Perlu Ditambah Nilai – Ng”. Hal ini demikian kerana, Bukit Tengkorak sememangnya dikenal pasti sebagai satu daripada tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada zaman Neolitik iaitu kira-kira 3,000 tahun dahulu.



#CONTOH GAMBAR#

Gambar rajah 1 : Bukit tengkorak di Semporna, Sabah
Diperolehi daripada : Sabah New Times, 21 November 2010


Gambar rajah 2 : Kesan kawah gunung berapi yang terdapat di belakang
bukit.
Diperolehi daripada : Sabahluv.com




BAHAN ARTIFAK ATAU BAHAN TINGGALAN BUKIT TENGKORAK


Bahan artifak ataupun barangan tinggalan yang bersejarah ialah sesuatu keunikan atau mempunyai khazanah. Hal ini demikian kerana, dalam kajian terhadap Bukit Tengkorak, terdapat beberapa artifak dan barangan tinggalan bersejarah. Sebagai contoh utamanya, pembuatan tembikar 3000 tahun yang lalu di tapak arkeologi ini. Oleh itu, bahan-bahan arkeologi yang dijumpai membuktikan bahawa sejarah penduduk dan petempatan awal di Sabah boleh dijejaki sejak zaman paleolitik iaitu zaman batu awal kira-kira 200 000 – 300 000 tahun dahulu. Penduduk yang tinggal di dalam gua dipercayai merupakan penduduk yang terawal di Sabah dan telah dijumpai di Tingkayu, Sabah. Kemudiannya diikuti oleh zaman Neolitik iaitu kira-kira 7000 tahun dahulu. Pada zaman ini penempatan-penempatan manusia yang dikenali sebagai orang Hoabinh telah ditemui di Gua Madai yang terletak di daerah Kunak, Bukit Tengkorak yang terletak di Semporna dan Gua Gomantong terletak di Sandakan. Seterusnya zaman beralih dengan adanya kemunculan zaman logam kira-kira 4000 tahun dahulu.

Dalam pada itu, terdapat faktor yang menjadi masalah dalam kajian ini. Contohnya, masalah sumber yang asli barangan bersejarah seperti tembikar dan pelbagai artifak lain. Hal ini kerana, Berita Wilayah BERNAMA (Berita Sabah) pada 18 Oktober 2011 jam 18.08 PM menyatakan, 3000 tahun dahulu. Sejak tahun 1994, penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah telah melakukan penyelidikan saintifik dan sistematik di Bukit Tengkorak dan menemui ratusan ribu serpihan tembikar tanah prasejarah yang dihiasi pelbagai corak selain dikenalpasti sebagai satu daripada tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada zaman Neolitik. Manakala UTUSAN MALAYSIA (Sabah) pada 22 April 2011 pula menyatakan, beberapa penemuan penting ditemui seperti ribuan serpihan tembikar prasejarah, artifak pengebumian manusia dalam keranda kayu balak, tempayan, alatan batu mikrolit, loceng gangsa, manik dan sisa-sisa flora dan fauna seperti tulang haiwan ikan dan cengkerang laut. Impak dari dua sumber kajian ini berbeza akan menyukarkan lagi pengkajian terhadap Bukit Tengkorak di Semporna, SABAH. Oleh itu, langkah untuk mengatasi permasalahan kajian ini dari sumber kajian yang berbeza ialah dengan pergi ke lokasi kajian sekaligus menemu bual responden yang mengetahui bahan artifak dan bahan tinggalan sejarah yang terdapat di lokasi ini.


#CONTOH GAMBAR#

Gambar rajah 3 : Pecahan tembikar dengan corak berturis dan tekanan yang ditemui di Bukit Tengkorak.
Diperolehi daripada : Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara, Kementerian Komunikasi Dan Kebudayaan.


Gambar rajah 4 : Pecahan tembikar yang telah diekskavasi di Bukit Tengkorak
Diperolehi daripada : Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara, Kementerian Komunikasi Dan Kebudayaan.



Terdapat bahan rujukan yang asli di tapak ini, menunjukkan barangan bersejarah di Bukit Tengkorak 3000 tahun lalu. Oleh itu, dalam kajian ini akan memudahkan lagi pengkajian di lokasi ini. Sebagai contoh utama, terdapat rujukan menyatakan wujudnya tembikar yang bersejarah di tapak arkeologi ini. Disamping itu, melalui temu bual Bahagian Jabatan Penerangan Muzium Sabah, mengatakan bukit ini sangat terbukti sebagai salah satu pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada 3000 tahun lalu. Hal ini kerana, terdapat banyak serpihan-serpihan tembikar yang berada di tapak ini. Sebagai contoh, sepanjang laluan batu besar di bukit ini, terdapat banyak serpihan tembikar yang berusia 3000 tahun lalu.


#CONTOH GAMBAR#
 
Gambar rajah 5 : Sepanjang laluan batu besar terdapat serpihan-serpihan tembikar
Diperolehi daripada : Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak




Selain daripada serpihan tembikar yang berada di tapak ini, terdapat juga barangan yang lain. Misalnya, tanah liat yang berusia 3000 tahun lalu, cengkerang dan pecahan tembikar yang diukir.


#CONTOH GAMBAR#
 
Gambar rajah 6 : Tanah liat
yang sedang digali
Diperolehi daripada : Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak

Gambar rajah 7 : Tanah liat yang berusia 3000 tahun lalu
Diperolehi daripada : Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak

Gambar rajah 9 : Pecahan tembikar yang berusia 3000 tahun lalu

Diperolehi daripada : Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak

Gambar rajah 8 : Cengkerang berusia 3000 tahun lalu
Diperolehi daripada : Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak





Di samping itu, pada tahun 2008, “KERJA-KERJA EKSKAVASI ARKEOLOGI” telah dijalankan oleh penyilidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Muzium Sabah dan Jabatan Warisan Negara. Oleh itu, bukti-bukti arkeologi yang ditemui semasa kerja ekskavasi di bukit ini ialah artifak prasejarah seperti pengebumian manusia dalam keranda kayu balak, tempayan, dan pengebumian lunjur. Selain itu, terdapat juga alat batu mikrolit yang dibuat daripada akik, cert, dan obsidian, serpihan tembikar tanah dan batu seperti di gambar rajah 5, loceng gangsa, alat-alat besi, manic, dan sisa-sisa flora dan fauna seperti tulang haiwan, ikan dan yang terakhir cengkerang laut seperti di gambar rajah 8.

 
KEWUJUDAN PERGERAKAN MANUSIA DAN RANGKAIAN PERDAGANGAN

Hal ini demikian kerana, dalam pengkajian arkeologi di tapak ini, terdapat wujud pergerakan manusia dan rangkaian perdagangan antarabangsa secara jauh melalui lautan di antara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik (lebih 3 500 km) dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, 2000 – 3000 tahun sebelum Captain James Cook menjelajahi kepulauan Asia Tenggara dan lautan Pasifik pada tahun 1768 – 1779. Oleh itu, mereka sudah menjalankan hubungan perdagangan dengan penduduk di Nusantara dan kepulauan Pasifik pada dahulunya di lokasi kajian ini.



#CONTOH GAMBAR#

Gambar rajah 10 : Peta diatas membuktikan kewujudan pergerakan manusia dan rangkaian perdagangan iaitu pada 3000 tahun yang lalu
Diperolehi daripada : zainudins.blogspot.com



Hasil temu bual bertanyakan soalan tentang kewujudan manusia dan rangkaian perdagangan dalam pengkajian ini iaitu daripada Bahagian Jabatan Penerangan Muzium Sabah, mengatakan memang wujudnya manusia dan rangkaian perdagangan yang mereka lakukan pada 3000 tahun lalu. Hal ini kerana, rangkaian perdagangan adalah sumber makanan mereka. Oleh itu, seperti yang di nyatakan oleh UTUSAN MALAYSIA (Sabah) pada 22 April “Bukit Tengkorak Simpan Khazanah” memberi gambaran bahawa penyelidikan arkeologi di tapak ini telah membuktikan bahawa rangkaian perdagangan yang terpanjang di dunia, iaitu dari timur Sabah ke beberapa kawasan lain sejauh lebih 3 500 kilometer, kira-kira 3000 tahun dahulu.

Selain itu, rujukan sumber daripada tapak ini iaitu pada tahun 2002 hingga 2006, kajian arkeologi di tapak Melanta Tutup, sebuah tapak baru yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bukit Tengkorak juga telah mendedahkan bukti baru tentang kewujudan manusia prasejarah di daerah Semporna lebih 10 000 tahun dahulu pada zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik iaitu 3 000 tahun dahulu, Zaman Logam dan Zaman Sejarah Awal iaitu 1 000 tahun dahulu.

Di samping itu, kajian perbandingan jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak menunjukkan banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan lautan Pasifik. Kajian paleoantropologi dan perbandingan rangka-rangka manusia yang ditemui di Semporna dan tapak-tapak lain di Asia Tenggara turut menyokong hipotesis migrasi dan penyebaran berleluasa populasi manusia prasejarah di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui di Bukit Tengkorak turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan atau pertukaran sekaligus pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan antara kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawall 3 000 tahun dahulu.


KESIMPULAN
Kajian terhadap “SEJARAH TAPAK ARKEOLOGI BUKIT TENGKORAK DI SEMPORNA, SABAH”, yang dilaksanakan sekitar 1 bulan lebih ini, banyak sumber dan perkara baru atau bernilai yang pengkaji dapat dalam pengkajian ini. Oleh itu, tapak arkeologi ini amat penting kepada masyarakat kita. Hal ini kerana, para penyilidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah dan kini bersama dengan Jabatan Warisan Negara, telah mengkaji bukit ini adalah khazanah yang penting kerana dibuktikan dengan tapak arkeologi ini adalah pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada 3000 tahun lalu hingga kini. Dalam pada itu, terhadap pengkajian yang dijalankan terhadap bukit ini iaitu kerja kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Sekolah (MPM), memberikan pengkaji banyak pengalaman baru sekaligus melihat dan menyelidik bukit ini yang mempunyai sejarah tersendiri. Misalnya, tujuan mengkaji asal usul bukit ini hingga kewujudan dan rangkaian perdagangan manusia pada 3000 tahun lalu ini. Kita harus bersyukur khususnya masyarakat yang berada di daerah Semporna, Sabah ini kerana tapak ini telah diiktiraf sebagai salah satu tapak arkeologi di Malaysia kerana mempunyai keunikannya yang ada sehinggakan terdapat pembangunan yang dilakukan seperti pembinaan tangga pada tahun 2008 dan muzium dibina pada tahun 2010 di lokasi kajian yang dilaksanakan. Oleh itu, kajian kerja kursus sejarah yang dijalankan, memberi kesedaran kepada pengkaji tentang pentingnya tapak ini yang mempunyai barangan tinggalan sejarah sekaligus mewujudkan sifat sentiasa berusaha dalam pengkajian dan tidak mudah berputus asa.


RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

BUKU

Buku Regatta Lepa. Sejarah daerah Semporna, 23-25 April 2010.

Helen Lee Heiss. Singapore : Eurasin Pressss Pte LTd, 1984.

Nor Aslina Bt Mamat dan Norlela Bt Mamat. Masteri Memori Melalui Peta Minda Sejarah. Puchong : PNI NEURON (M) SDN. BHD, 2010.



SURAT KHABAR

Nazri Mustapa. “Bukit Tengkorak Simpan Khazanah”. Utusan Malaysia (Sabah), 22 April 2012.

Sabah New Times. “Keunikan Bukit Tengkorak”, 21 November 2010.



LAMAN WEB

Berita Wilayah Bernama, Berita Sabah. “Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak Perlu Ditambah Nilai – Ng”. http://www.Bernama.com/bernama/.

Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara, Kementerian Komunikasi Dan Kebudayaan. “Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah (3.000 Tahun)”. https://www.heritage.gov.my /v2/index.php /ms/ arkeologi/penyelidikan-arkeologi-di malaysia/sabah-timur/.

Museum-Sabah.gov.my, Kenali Muzium Anda. “tengkorak”.http://Museum-sabah.gov.my /bm/ kenalimuziumanda/tengkorak.html.

SabaLuv.Com. “lejen bukit tengkorak”. http://sabahluv.com/lejen-bukit-tengkorak-semporna-tapak-arkeologi-berusia-3000-tahun-skull-hill-semporna.

Zainudins.blogspot.com. “Tapak Warisan Arkeologi”. http://zainudins.blogspot.com/search/label/Arkib%20Tapak%20Warisan%20Arkeologi



SUMBER LISAN

Bahagian Jabatan Penerangan Muzium Sabah, Encik Fazil Bin Malail. 9 Februari 2013.
 

LAMPIRAN

#gambar-gambar lokasi kajian
#surat kebenaran
#proposal/cadangan kajian